Saturday 27 October 2012

Bersuci daripada najis


1.BERSUCI  DARIPADA NAJIS.

Islam amat menitikberatkan soal kebersihan. Ia adalah separuh daripada iman . Oleh yang demikian , bersuci merupakan satu ibadat dan lambang kemuliaan agama  Islam.

   1.1  Definisi bersuci 
.
      Mustafa    al-Khin, et.al (2005) menerangkan :
Bersuci dari segi Bahasa ialah bersih dan bebas daripada segala kekotoran, sama ada dalam bentuk        Hissiah (nyata) seperti najis atau pun dalam bentuk maknaviyyah ( yang tidak nampak) seperti perkara-perkara yang mengaibkan atau sifat-sifat keji. 

Bersuci dari segi istilah syarak ialah perbuatan yang apabila dilakukan, akan  mengharuskaan  solat didirikan atau apa-apa perkara yang  berkaitan dengan hukum solat. Ia adalah seperti berwuduk bagi sesiapa yang  belum berwuduk , mandi bagi sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian dan tempat.

   1.2  Dalil -dalil kepentingan bersuci terdapat dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis   Rasullullah s.a.w tentang                              kepentingan bersuci . Ahmad Isa’ Asyur(t.th) menjelaskan  seperti berikut:

(a) Galakan Islam  untuk  bersuci.

             (i) Firman Allah S.W.T

   ان اللة يحب التوابين المتطهرين                                                       

“sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka bertaaubat dan orang-orang yang suka bersuci” (al-Baqarah 2:222)

             ii) Sabda Rasullullah s.a.w:
الطهورشطرالأيمان                                                   
“ Bersuci itu adalah separuh daripada iman”

2.BERSUCI DARIPADA NAJIS.

2.1 Bahagian-bahagian Najis dan jenis-jenisnya.

Najis terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu:

(i)                 Najis Hukmi
Najis yang tidak dapat dilihatzatnya. Dengan kata lain , kesan warna aatau bau najis tersebut sudah tiada lagi. Misalnya , airkencing yang telah kering .

            ii)         Najis ‘Aini
Semua jenis najis yang mempunyai jirim (bentuk) yang dapat dilihat atau yang mempunyai sifat yang zahirr seperti tahi, air kencing atau darah.

2.2 Jenis-jenis najis pula terbahagi kepada tiga, iaitu:

i)                    Najis Muhaffafah
Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih daripada dua tahun dan hanya menyusu susu ibunya saahaja.

ii)                  Najis Mutawassitah
Najis sederhana seperti tahi , darah , nanah , muntah , arak dan lain-lain.

iii)                Najis Muhgallazah.
Najis berat iaitu anjing , babi dan keturunannya serta benda-benda yang terbit daripada kedua-duanya.

3. Cara menyucikan Najis

            3.1 Najis Mukhaffah

    i)  lapkan najis dengan kain kering                                                        
   ii) renjiskan air mutlak keatasnya.
               iii) lap hingga kering.

3.2  Najis Mutawassitah

i)        Buang najis itu.
ii)      Cucitempat yang terkena najis.
iii)    Hingga hilang warna , baud an rasanya.

3.3  Najis Muhallazah
i)                    Buang najis itu.

ii)                  Cuci tempat terkena najis dengan air tanah.

iii)                Cuci dengan air mutlak  sebanyak enam kali hingga hilang warna, bau dan rasanya.



4.         Nota tambahan:

4.1  Najis-najis yang dimaafkan .

i)                    Percikanan air kencing yang terlalu sedikit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar apabila ia terkena pakaian atau badan, sama ada najis tersebut mughallazah , mukhaffafah atau mutawassitah.

ii)                  Darah, nanah, darah kutu anjing dan najis yang sedikit yang dibawa oleh lalat , selagi ia bukan perbuatan mausia dan bukan dengan sengaja.


iii)                Darah atau nanah luka walaupun banyak dengan syarat ia terjadi pada diri manusia itu sendiri, bukan hasil daripada perbuatannya sendiri, dan  bukan degan sengaja. Disyaratkan supaya darah atau nanah tersebut tidak mengalir ke tempat lain.

iv)                Tahi binatang yang mengenai biji-bijian ketika ia memijaknya . Begitu juga tahi binataang ternakan yang mengenai susu ketika diperah dengan syarat najis tersebut tidak banyak hingga mengubah keadaan susu tersebut.


v)                  Tahi ikan di dalam air selagi air tersebut tidak berubah . Begitu juga tahi burung pada tempat –tempat yang selalu ia berulang –alik padanya seperti kawasaan tanah suci Makkah, kawasan tanah suci Madinah dan Jamek Umawi. Ini adalah disebabkan musibah yang umum dan sukaruntuk dipelihara daripadanya.

vi)                Darah yang ada pada daging.


vii)              Mulut kanak-kanak yang terdapat najis muntah padanya apabila ia menghisap susu ibunya.

viii)            Tanah jalan yang mengenai manusia.


ix)                Bangkai yang tidak mengalir darahnya atau yang tidak berdarah apabila terjatuh ke dalam sesuatu cecair seperti lalat, lebah dan semut dengan syarat ia terjatuh dengann endirinya (bukan dicampak) dan ia tidak mengubah keadaan cecair tersebut



Mari berpantun.
Bersuci itu ada banyak hikmahnya,
Ibadat diterima pahala diberi,
Badan bersih harum baunya
Rakan suka Allah kasihi

            Alllah murka dosa pun dapat ,
            Badan kotor penyakit menanti ,
            Tidak selesadan tidak sihat,
            Itulah akibat tidak bersuci.

Wallahualam..


2 comments:

  1. Perkongsian yang sgt baik..Terbukti Islam sgt mementingkan kebersihan.penerangan yang telah diberi secara tidak langsung dpt mengajar kita cara penyucian yang sempurna dan secara tidak langsung kita bebas dari kekotoran dan solat kita akan lebih sempurna dan diterima olehNYA...wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedangkan ayat Quran yang menjadi pegangan umat Islam seantero duni juga menyebut ""Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya musyrikin adalah najis (kotor). Maka, jangan sampai mereka mendekati Masjidil Haram setelah tahun ini". (Q.S. At-Taubah [9]: 28) terbukti Bersuci ada lah penting untuk sekalian ummah . wallahuahlam :)

      Delete