Saturday 24 November 2012

Hikmah Disyariatkan Bersuci

Mustafa Al-Khin et.al (2005) menghuraikan di antara hikmah bersuci adalah yang berikut:



  • Bersuci adalah suatu tuntutan fitrah
Manusia cenderung kepada kebersihan dan secara tabii menjauhkan diri daripada kekotoran. oleh kerana Islam adalah agama fitrah, maka Allah SWT memerintahkan manusia supaya bersuci dan menjaga kebersihan.

  • Memeliharan kemuliaan dan kehebatan individu Muslim
Manusia secara tabii cenderung kepada individu yang bersih. Oleh itu,manusia berasa benci, memandang rendah dan menjauhkan diri daripada manusia yang tidak suka menjaga kebersihan.Disebabkan Islam sangat mengambil berat dalam manjaga kemulian dan kehebatan individu, maka Islam memerintahkan agar setiap indivudu mukmin menjaga kebersihan supaya menjadi orang yang mulia dan disegani di khalayak ramai.

  • Menjaga kesihatan dan menghindari daripada sebarang penyakit
Islam sangat menggalakkan umatnya menjaga kebersihan. Ini kerana kebanyakkan penyakit yang menular dikalangan manusia adalah disebabkan kekotoran. 

No comments:

Post a Comment