1.BERSUCI DARIPADA NAJIS.
Islam amat
menitikberatkan soal kebersihan. Ia adalah separuh daripada iman . Oleh yang
demikian , bersuci merupakan satu ibadat dan lambang kemuliaan agama Islam.
1.1 Definisi bersuci
.
Mustafa al-Khin, et.al (2005) menerangkan :
.
Mustafa al-Khin, et.al (2005) menerangkan :
Bersuci dari segi Bahasa ialah bersih dan bebas daripada segala
kekotoran, sama ada dalam bentuk Hissiah (nyata) seperti najis atau pun dalam
bentuk maknaviyyah ( yang tidak nampak) seperti perkara-perkara yang mengaibkan
atau sifat-sifat keji.
Bersuci dari segi istilah syarak ialah perbuatan yang apabila dilakukan, akan mengharuskaan solat didirikan atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan hukum solat. Ia adalah seperti berwuduk bagi sesiapa yang belum berwuduk , mandi bagi sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian dan tempat.
Bersuci dari segi istilah syarak ialah perbuatan yang apabila dilakukan, akan mengharuskaan solat didirikan atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan hukum solat. Ia adalah seperti berwuduk bagi sesiapa yang belum berwuduk , mandi bagi sesiapa yang diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian dan tempat.
1.2 Dalil -dalil kepentingan bersuci terdapat
dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w tentang kepentingan bersuci
. Ahmad Isa’ Asyur(t.th) menjelaskan seperti berikut:
(a) Galakan Islam untuk bersuci.
(i) Firman Allah S.W.T
ان اللة يحب التوابين المتطهرين
“sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka bertaaubat dan
orang-orang yang suka bersuci” (al-Baqarah 2:222)
ii) Sabda Rasullullah s.a.w:
الطهورشطرالأيمان
“ Bersuci itu adalah
separuh daripada iman”
2.BERSUCI
DARIPADA NAJIS.
2.1
Bahagian-bahagian Najis dan jenis-jenisnya.
Najis terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu:
(i)
Najis Hukmi
Najis yang tidak dapat dilihatzatnya. Dengan
kata lain , kesan warna aatau bau najis tersebut sudah tiada lagi. Misalnya , airkencing
yang telah kering .
ii) Najis
‘Aini
Semua jenis najis yang mempunyai jirim (bentuk) yang
dapat dilihat atau yang mempunyai sifat yang zahirr seperti tahi, air kencing
atau darah.
2.2 Jenis-jenis
najis pula terbahagi kepada tiga, iaitu:
i)
Najis Muhaffafah
Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak
lelaki yang berumur tidak lebih daripada dua tahun dan hanya menyusu susu
ibunya saahaja.
ii)
Najis Mutawassitah
Najis sederhana seperti tahi , darah ,
nanah , muntah , arak dan lain-lain.
iii)
Najis Muhgallazah.
Najis berat iaitu anjing , babi dan
keturunannya serta benda-benda yang terbit daripada kedua-duanya.
3. Cara
menyucikan Najis
3.1 Najis Mukhaffah
i) lapkan najis dengan kain kering
ii) renjiskan
air mutlak keatasnya.
iii) lap hingga kering.
3.2 Najis Mutawassitah
i)
Buang najis itu.
ii) Cucitempat yang terkena najis.
iii) Hingga hilang warna , baud an rasanya.
3.3 Najis Muhallazah
i)
Buang najis itu.
ii)
Cuci tempat terkena najis dengan air tanah.
iii)
Cuci dengan air mutlak sebanyak
enam kali hingga hilang warna, bau dan rasanya.
4. Nota tambahan:
4.1 Najis-najis yang dimaafkan .
i)
Percikanan air kencing yang terlalu sedikit yang tidak dapat dilihat
oleh mata kasar apabila ia terkena pakaian atau badan, sama ada najis tersebut
mughallazah , mukhaffafah atau mutawassitah.
ii)
Darah, nanah, darah kutu anjing dan najis yang sedikit yang dibawa oleh lalat , selagi ia bukan perbuatan mausia dan bukan dengan sengaja.
iii)
Darah atau nanah luka walaupun banyak dengan syarat ia terjadi pada diri
manusia itu sendiri, bukan hasil daripada perbuatannya sendiri, dan bukan degan sengaja. Disyaratkan supaya darah
atau nanah tersebut tidak mengalir ke tempat lain.
iv)
Tahi binatang yang mengenai biji-bijian ketika ia memijaknya . Begitu
juga tahi binataang ternakan yang mengenai susu ketika diperah dengan syarat
najis tersebut tidak banyak hingga mengubah keadaan susu tersebut.
v)
Tahi ikan di dalam air selagi air tersebut tidak berubah . Begitu juga
tahi burung pada tempat –tempat yang selalu ia berulang –alik padanya seperti
kawasaan tanah suci Makkah, kawasan tanah suci Madinah dan Jamek Umawi. Ini
adalah disebabkan musibah yang umum dan sukaruntuk dipelihara daripadanya.
vi)
Darah yang ada pada daging.
vii)
Mulut kanak-kanak yang terdapat najis muntah padanya apabila ia
menghisap susu ibunya.
viii)
Tanah jalan yang mengenai manusia.
ix)
Bangkai yang tidak mengalir darahnya atau yang tidak berdarah apabila
terjatuh ke dalam sesuatu cecair seperti lalat, lebah dan semut dengan syarat ia
terjatuh dengann endirinya (bukan dicampak) dan ia tidak mengubah keadaan
cecair tersebut
Mari
berpantun.
Bersuci itu
ada banyak hikmahnya,
Ibadat
diterima pahala diberi,
Badan bersih
harum baunya
Rakan suka
Allah kasihi
Alllah murka dosa pun dapat ,
Badan kotor penyakit menanti ,
Tidak selesadan tidak sihat,
Itulah akibat tidak bersuci.
Wallahualam..
Wallahualam..
Perkongsian yang sgt baik..Terbukti Islam sgt mementingkan kebersihan.penerangan yang telah diberi secara tidak langsung dpt mengajar kita cara penyucian yang sempurna dan secara tidak langsung kita bebas dari kekotoran dan solat kita akan lebih sempurna dan diterima olehNYA...wallahualam..
ReplyDeleteSedangkan ayat Quran yang menjadi pegangan umat Islam seantero duni juga menyebut ""Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya musyrikin adalah najis (kotor). Maka, jangan sampai mereka mendekati Masjidil Haram setelah tahun ini". (Q.S. At-Taubah [9]: 28) terbukti Bersuci ada lah penting untuk sekalian ummah . wallahuahlam :)
Delete